Rabu, 26 Mei 2010

ARKED MARA ROMPIN


kemudahan kali ini,penulis ini ingin memperkenalkan Arked MARA Rompin yang terletak di dalam bandar baru Kuala Rompin,
Bersebelahan dengan stesen Petronas sebagai petunjuk memudahkan masyarakat untuk mengetahui lokasi Arked MARA. Disinilah terletaknya Pejabat MARA Rompin disamping Pejabat Pos Rompin,Pejabat Zakat Rompin,Pejabat Felcra Pejabat-pejabat Kontraktor,Wakil insuran,kedai makan,kedai jahit dan sebagainya.

Kalau pengunjung dari kuantan,boleh kelihatan Arked MARA disebelah kiri jalan.

Khamis, 20 Mei 2010

STESEN BAS DAN TEKSI KUALA ROMPIN


Kali ini saya ingin mnceritakan kemudahan seterusnya iaitu stesen Bas Kuala Rompin.
Terletak ditengah-tengah bandar Rompin,menempatkan perhentian bas dan teksi.

Di disini juga menyediakan gerai-gerai makanan panas,kedai buah-buahan dan kedai telekomunikasi.

Selain berdekatan dengan Sekolah memengah,stesen bas ini berdekatan dengan Perpustakaan Daerah Rompin disamaping Pejabat Penerangan Daerah.

Antara bas mengunakan perhentian ini,Bas Rahmat Alam ( Perjalan Kuantan ke Rompin) Bas MARA Liner perjalanan bas sangkut dan bas Tranasional ( Perjalanan Rompin Terenganu,Johor dan Kuala Lumpur.

Khamis, 13 Mei 2010

MERCU TANDA KEBANGGAAN WARGA ROMPIN




Sebut AKTIVITI MEMANCING,kebanyakan kaki memancing melilih Rompin sebagai destinasi,sebagai lubuk memancing dikenali bukan sahaja dari Malaysia,malah negara-negara luar.

Aktiviti memancing di Rompin ini merangkumi di laut dalam,dipinggir pantai,sungai air tawar,paya-paya dan banyak lagi kawasan memancing yang ada di Rompin ini.

Bagi yang berkemampuan boleh memancing di laut dalam dengan menyewa but yang ada sekitar Rompin ini,mengunakan pakar yang tahu selok-belok lubuk ikan malah jika bernasib baik berpeluang merasai rentapan ikan layaran semuanya menjanjikan keseronokan pada kakipancing.

Di Rompin juga banyak menyediakan hotel-hotel dan rumah penginapan bagi kemudahan pemancing. Jadi datanglah ke Rompin ini.

Isnin, 26 April 2010

MASJID ROMPIN


Kali ini k.rompin ingin memperkenalkan mercu tanda kebanggaan warga Rompin,Sebuah Masjid indah yang terletak dipinggir laluan Kuantan Mersing.

Masjid ini diberi nama Masjid Tengku Mahkota Abdullah mengambil sempena nama Tengku Mahkota Pahang.

Kedudukannya ditengah-tengah bandar memudahkan masyarakat Islam untuk menunaikan sembahyang Fardhu. Diantara aktiviti yang selalu mengadakan ialah ceramah agama dan sebagainya.

Sabtu, 24 April 2010

PASAR BESAR ROMPIN


Terletak 500meter dari pusat bandar Baru Rompin,merupakan pasar besar yang luas dan selesa.

Baru dibuka pada tahun ini,memberi kemudahan kepada penduduk Rompin untuk mendapatkan bahan basah dan segar setiap hari. Segalanya ada termasuk jualan buah-buahan barangan kraftangan untuk dibawa pulang.

Kemudahan tempat letak kereta yang luas dan percuma menjadikan Pasar Besar Rompin salah satu kemudahan kepada warga Rompin.

Selasa, 20 April 2010

PANTAI HIBURAN ROMPIN




Pantai Hiburan Rompin,jaraknya lebih kurang 2 KM dari bandar Baru Rompin,merupakan destinasi pilihan pelancong.



Selain berdekatan dengan bandar Kuala Rompin,merupakan pilihan untuk pelancong untuk merehatkan fikiran dengan deruan ombak laut china selatan.



Kemudahan makanan yang dijuga, dengan aneka makanan segera dan panas menambat hati pengunjung.


Kunjungan pelancongan bukan sahaja dikalangan pengunjung tempatan, ada juga dari luar negeri Pahang yang berehat di pantai Hiburan Rompin disebabkan kedudukannya dekat dengan laluan Johor Bharu ke Kuantan.


Kedudukan Pantai Hiburan Rompin berdekatan dengan Rompin Beach Resort, menyediakan penginapan kepada pelancongan dengan menawarkan harga berpatutan kepada pelancong.

Ahad, 18 April 2010

Gerbang ke Pulau Tioman


Kuala Rompin berjiran dengan bandar Endau hanya dipisahkan oleh jambatan, terkenal sebagai tempat memancing. Rompin juga terkenal sebagai pusat pelancungan yang popular.

Pulau Tioman yang boleh dikunjungi melalui terminalnya di Tg Gemok,merupakan jalan utama untuk pergi ke sana. Dengan kemudahan bot laju,merupakan pengalaman menarik bagi pelancongan yang melihat keindahan pulau-pulau di sepanjang laluan ke sana.

Apa yang menarik sebelum sampai ke sana jika anda kesempatan boleh mengunjungi pusat beli belah Tunas Manja yang juga ada di Tg Gemok, sebagai bekalan untuk dibawa ke Pulau Tioman.

Jika Anda ada kesempatan boleh mengunjungi pusat membeli belah Ten-Ten yang berada di Bandar Endau.

Ada juga boleh menikmati masakan laut yang segar di dalam perjalanan ke Tg Gemok,boleh singgah di gerai-gerai makanan yang ada di sepanjang perjalanan.

DIREKTORI KEMUDAHAN ROMPIN ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO